Sunday, October 17, 2010

Sanggup Mengambil Risiko Semata-mata untuk Kelihatan Cantik


Hakikatnya, semua insan inginkan kecantikan pada diri mereka masing-masing. Ianya merangkumi semua aspek dari luaran tidak kisah sama ada paras muka, struktur badan mahu pun ingin tubuh yang menarik.
Penjagaan diri ini la ada di antara insan yang amat menitikberatkan tubuh badan mereka. Sampai pada satu tahap, sanggup mengambil risiko semata-mata ingin kelihatan cantik! Kalau nak cakap, memang berlambak produk seperti losyen, krim dan macam-macam lagi yang boleh digunakan untuk melangsingkan badan, menjaga paras muka, tubuh badan dan lain-lain lagi.
Tetapi adakah kesemua ubat itu boleh digunakan? Mesti boleh! Kan dah desperate sangat nak cantik kan. Jadi tak kisah boleh ke tak, pakai je. Itulah yang membawa kepada  risiko terhadap orang yang tidak selidik terlebih dahulu, hanya percaya kepada keberkesanan produk dan janji-janji manis penjual produk tersebut.
Kita kena ingat kebanyakan produk kecantikan diperbuat dari bahan kimia. Kita pun tidak mengetahui apa isi dalamnya. Yang kita tahu cuma function produk tersebut. Jika kita tidak selidik terlebih dahulu, kita tidak tahu mungkin akan ada side effect pada kulit kita, mungkin disebabkan produk tersebut tidak sesuai dengan kulit kita, atau pun mengandungi bahan-bahan kimia yang dilarang dan lain-lain lagi. Anda mungkin akan berhadapan dengan perbagai penyakit merbahaya contohnya adalah seperti kanser dan kesan buruk pada kulit atau tubuh anda.
Selain itu, ada juga orang yang sanggup diet berhabis-habisan semata-mata ingin melangsingkan badan tanpa memikirkan kesihatan. Memang ada yang sanggup berdiet tetapi tidak kena caranya yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan. Ada yang terlebih diet hingga boleh mendapat penyakit Anorexia. Ianya disebabkan seseorang itu amat takutkan gemuk dan cuba sedaya upaya mengurangkan berat badan semaksima mungkin.
Sekarang ini, kaedah yang popular dan selalu digunakan untuk cepat kelihatan cantik dan menawan adalah seperti kaedah penggunaan botox dan juga pembedahan plastik. Ianya memang melibatkan kos yang mahal untuk melaksanakan kaedah itu tetapi dah ingin cantik? Sanggup buat apa saja kan.. Antara proses penggunaan botox ini adalah dengan menyuntik botox ke bahagian tertentu pada kulit wajah manusia. Suntikan kosmetik botox ini membabitkan bahan yang digunakan termasuk racun dan toksin yang amat membimbangkan pakar perubatan. Toksin tersebut boleh mempengaruhi sistem saraf pusat dan dalam beberapa kes ianya boleh menyebabkan kematian.
Tidak lupa juga kepada pembedahan plastik yang kebanyakan di antaranya ingin membuat pembedahan di bahagian muka supaya tampak lebih cantik. Pembedah mempunyai risiko untuk melakukan kesilapan yang akan menyebabkan jangkitan. Jika jangkitan adalah minor, maka peluang dirawat lebih tinggi. Akan tetapi, untuk jangkitan yang serius, mungkin mendatangkan komplikasi yang akan mengakibatkan kematian.





No comments:

Post a Comment