Thursday, September 23, 2010

Assalamualaikum...
Bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh pensyarah saya iaitu Dr. Mawar Shafei yang inginkan saya mencipta laman blog sendiri untuk dijadikan bahan garapan dalam menulis cerpen eksperimen. Keikhlasan jua diselitkan semasa menulis blog ini kerana terpancar kegembiraan tatkala jari jemari menurunkan idea dari kotak minda kreatif ke dalam lingkungan akademik ini. Nescaya tergambar kesungguhan apabila bercerita tentang kehidupan saya kepada rakan-rakan khususnya dan dapat berkongsi pengalaman yang dilalui. Melalui pengalaman ini jugalah terbit ilham untuk menghasilkan sebuah cerpen eksperimen yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan bermain dengan halusinasi. Diharapkan juga apa yang akan ditulis nanti berjaya menimbulkan idea-idea dan isi-isi yang bernas untuk dimasukkan ke dalam karya cerpen saya nanti. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment