Thursday, September 23, 2010

Lambang Kemewahan

Sudah menjadi satu keperluan bagi seorang wanita untuk menghiasi dirinya dengan perhiasan berlian ataupun barang kemas. Perhiasan tersebut tidaklah terlalu mewah, cukuplah sekadar sebentuk cincin di jari manis dan seutas rantai terhampar indah di leher wanita. Bagi saya yang amat menggilai barang kemas sebegini menganggap bahawa dengan menyaluti diri dengan pelbagai aksesori ini, keyakinan diri saya dapat dipertingkatkan. Mungkin pelik dari perspektif orang lain, namun saya mempunyai tanggapan yang berlainan sekali. Selain dari nampak eksklusif, dengan memakai barang perhiasan juga dapat memberi tanggapan awal kepada orang yang melihat saya dan dengan mudah dapat melabel personaliti diri saya yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment