Monday, October 4, 2010

Cintaku Nun di Sana

Perkenalan diriku dengan si dia memberikan aku semangat untuk terus berjaya dalam hidup. Dia yang juga seorang penuntut di salah sebuah universiti tempatan mempunyai anggapan yang sama bahawa ilmu sahajalah yang mampu mengubah taraf sosial seseorang. Namun begitu, jarak jauh di antara kami menambahkan rasa rindu di hati yang selalu terbungkam di kamar asmara. Hanya pada awal semester kami berpeluang bertemu, meluahkan apa yang terbuku di hati. Masa itulah juga kami merungkaikan segala kepincangan yang ada supaya tidak menjadi "barah" yang akhirnya mampu membunuh cinta kami berdua. Dia begitu bersahaja tetapi bergaya. Mungkin sebab inilah dia telah menambat hati ini yang tidak pernah terbuka untuk sesiapa. Dia yang aku kenal mempunyai segala kriteria yang dapat menggugah perasaan setiap gadis. Aku pula yang berfikiran terbuka, kadang-kadang timbul perasaan cemburu terhadapnya. Rasa sayang yang teramat terhadapnya membuatkan aku selalu hilang arah. Untunglah ada teman-teman yang memahami keresahan di jiwa. Sesungguhnya hanya dia di hatiku!!!!

No comments:

Post a Comment