Monday, October 4, 2010

Majlis Aidilfitri Persuratan Melayu

Pelajar Persuratan Melayu tahun 2 akhirnya telah berjaya merangka idea untuk mengadakan satu majlis jamuan Hari Raya pada 1 Oktober 2010 yang lepas. Majlis jamuan ini menggabungkan pelajar tahun 1, tahun 2 dan tidak ketinggalan tahun 3. Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama kami, pelajar Persuratan Melayu sesi 2010/2011. Selain daripada meraikan Hari Raya Aidilfitri yang masih lagi tinggal beberapa hari, kami pelajar tahun 2 selaku pihak penganjur ingin melatih diri kami dalam menganjurkan sebarang program khususnya yang melibatkan program Persuratan Melayu. Hasrat kami ini ternyata tidak bertepuk sebelah tangan, kerana adanya sokongan moral dan sumbangan daripada pensyarah-pensyarah pusat kami iaitu Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan jayanya, dan memperlihatkan komitmen daripada semua pihak dalam menjayakan semua acara yang telah diatur. Walaupun ada kekurangan, diharapkan semuanya berpuas hati dan dapat menganggap kekurangan yang ada sebagai pembakar semangat pada masa akan datang dalam menjayakan sebarang program. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment